Followers

Google+ Followers

Monday, May 18, 2015

Pedofilia

Sumber : Says.com

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah kerana memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak ...

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memahami apa itu pedofilia demi menjaga keselamatan kanak-kanak di negara ini ...

Sumber : Google.com

Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?

Secara kasar nyer pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun ...

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia ...

Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial ...

Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka ...